Monday, February 9, 2009

Siapakah ulamak? Siapa pula ulamak Pewaris Nabi?

Artikel lama saya dari:
http://al-ahkam.net/forum/showflat.php?Cat=&Board=artikel&Number=3659
Siapakah ulamak? Siapa pula ulamak Pewaris Nabi? - zainys @ 10:53 PST

Perkataan ulamak menjadi bualan hangat.. Siapakah ulamak?

Kedudukan mereka masih terlalu penting dalam masyarakat Islam. Malah adalah tunggak masyarakat yang tidak boleh tidak yang mesti ada. Malah, Ibnu Qaiyim menyatakan di dalam I’lam Muwaqqi’in, keperluan umat Islam kepada ulamak melebih keperluan mereka kepada makan dan minum!!

Memang, perkara ini cukup mudah untuk difahami. Ulamak adalah manusia yang mengkhususkan diri mereka untuk mempelajari dan mengkaji ilmu2 agama. Iaitu ilmu untuk mengenal Allah, melalui nama dan sifat2Nya yang agung. Juga ilmu2 berkaitan hukum-hakam, halal-haram yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan ini, dapat kita katakan bahawa merekalah yang telah mewarisi ilmu dari para Nabi. Dari merekalah kita dapat mengenal mengenai selok belok agama dari perkara yang asas hinggalah kepada perkara yang sekecil2nya.

------------------------------
Berkenaan siapakah ulamak pewaris nabi, saya ada terbaca sebuah buku tulisan Prof KH Ali Mustafa Yaqub. Beliau ada menggariskan beberapa ciri ulamak pewaris nabi. Saya secara peribadi melihat tulisan beliau cukup baik sekali.

Berikut ini saya garapkan kembali tulisan beliau dalam buku berkenaan:

------------------------------

Sekurang-kurang ciri-ciri ulamak pewaris nabi ada lima:

Pertama: Ilmu agama
Ciri pertama ulamak pewaris nabi ialah memiliki ilmu agama. Ini bermaksud, mereka memiliki ilmu agama bukan untuk dirinya sendiri, tetapi mampu memberi atau menyebarkan ilmu itu kepada orang lain. Atau secara ringkasnya, mereka mampu memahami al-Quran dan al-Hadis. Atau dapat juga dikatakan, mereka yang mampu membaca dan memahami kitab-kitab tulisan ulamak muktabar. Kerana mereka yang tidak mampu membaca kitab2 berkenaan, keahlian dan kepakarannya dalam bidang agama belum cukup meyakinkan.

Penjelasan di atas, dapatlah kita fahami bahawa maksud memiliki ilmu di sini bukanlah ilmu yang bukan ilmu agama. Seperti ilmu perubatan, ilmu perhutanan, ilmu siasah, ilmu pertanian dan sebagainya.

Kerana, sekalipun mereka yg memiliki ilmu spt di atas dapat dikatakan sebagai ulamak menurut pengertian bahasa, namun menurut istilah mereka bukanlah ulamak.

Nabi s.a.w. ada bersabda:
Ulamak itu adalah pewaris nabi. Dan, nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mewariskan ilmu (HR Ibnu Majah).

Hadis ini membawa pengertian, nabi tidak pernah mewariskan ilmu kehutanan atau yang sejenisnya, tetapi mewariskan ilmu syariah atau ilmu agama Islam.

Nabi pernah ditanya tentang masalah pertanian, dan baginda menjawab:
Kamu lebih mengetahui tentang dunia (pertanian) kamu dari aku.

Jadi, mereka yang mempunyai ilmu dalam bidang perhutanan, maka bolehlah disebut ulamak juga, tetapi ulamak hutan / pakar perhutanan.. Begitulah seterusnya.

Kedua: Takutkan (khasyah) Allah
Sifat ini ada dijelaskan di dalam surah al-Fathir:28:
Hanyasanya yang takutkan (khasyah) kepada Allah dari kalangan hamba-hambaNya adalah para ulamak.

Para ulamak pewaris nabi adalah mereka yang takutkan Allah, dan mereka bukanlah dari kalangan ahli maksiat dan yang sering melanggar perintah Allah. Mereka juga bukanlah dari kalangan yang suka atau seronok untuk bersekongkol atau bersubahat dengan para pelaku maksiat. Kerana nabi s.a.w. pernah memboikot ahli maksiat, sehingga ke tahap tidak mahu bercakap, malah tidak menjawab salamnya sehingga ahli maksiat itu bertaubat kepada Allah.

Ketiga: Zuhud
Zuhud bukanlah bermaksud hidup miskin dan melarat. Zuhud ialah sikap untuk tidak mencintai dunia sedangkan dunia sudah berada dalam genggamannya. Nabi Muhamad s.a.w. adalah seorang yang zuhud, kerana sekalipun baginda mampu untuk bermewah-mewah tetapi namun baginda tidak memilih untuk hidup begitu. Malah baginda juga tidak memilih untuk berpenampilan kaya.

Nabi Sulaiman juga zuhud, padahal baginda adalah seorang yang kaya raya. Kezuhudannya dapat dibuktikan, ketika Ratu Balqis menghadiahkan baginda sebuah peti perhiasan agar baginda tidak menundukkan dan mengislamkannya.. Baginda menolak hadiah peti berkenaan.

Ulamak pewaris nabi semestinya mencontohi sifat kehidupan para nabi. Dan apabila harta dunia ada di tangannya, ia akan dijadikan sebagai sebesar-besar kepentingan untuk akhirat. Mereka tidak menggunakan dunia untuk mencari dunia, apatah lagi menggunakan akhirat utk mencari dunia.

Oleh itu, ulamak pewaris nabi sewajarnyalah mewarisi sikap kehidupan para nabi a.s.

Keempat: Akrab dengan rakyat bawahan
Inilah sifat yang mesti ada pada para ulamak pewaris nabi a.s. Kerana ini adalah sifat para nabi. Mereka rapat dan akrab dengan rakyat bawahan, kaum mustadh’afin (lemah) dan tertindas.

Raja Rom, Heraclius telah mempercayai kebenaran Rasulullah s.a.w. apabila beliau bertanya kepada Abu Sufyan (sebelum memeluk Islam) tentang pengikut Baginda s.a.w. Abu Sufyan menjawab bahawa pengikut baginda s.a.w. adalah rakyat biasa.

Rasulullah s.a.w. pernah ditegur oleh Allah sebanyak dua kali kerana mahu meninggalkan rakyat jelata dan hanya akan menumpukan keapda golongan elite/atasan.

Malah Allah pernah memerintahkan agar Rasulullah s.a.w. sentiasa bersabar ketika bersama dengan golongan rakyat bawahan yang sentiasa berdoa memohoh keredhaan Allah pagi dan petang.

Dan secara umumnya golongan bawahan inilah yang akan meramaikan rumah-rumah Allah. Sedangkan golongan atasan adalah sebaliknya.

Golongan atasan, telah disebut oleh Allah sebagai al-mala. Ia lebih banyak mengacu ke arah sikap angkuh dan sombong sehingga agak sukar untuk mengikuti ajaran Nabi s.a.w.

Oleh itu, sangat wajar apabila Allah memerintah baginda s.a.w. agar sentiasa berpihak kepada golongan bawahan.

Dan, begitulah semestinya sikap yang ada pada ulamak pewaris nabi, bukan bersikap sebaliknya dengan merasa bangga dengan gaya hidup mewah di tengah-tengah penderitaan kaumnya. Atau amat sukar ditemui oleh rakyat biasa kerana merasa dirinya berada di atas kaum muslimin secara umum.

Kelima: Berumur 40an
Ulamak yang memenuhi ciri-ciri di atas akan disebut ulamak apabila umurnya mencecah 40 tahun.

Ini kerana menurut para ahli, usia 40 tahun adalah usia matang bagi seseorang. Di mana tidak ada lagi kegejolakan jiwa dan ketidakstabilan peribadi. Pada usia 40 tahun ini seseorang itu sudah memperolehi istiqomah dan kemantapan peribadi, sehingga dia layak menjadi ikutan kaumnya.

Sedangkan sebelum usia ini, dia masih belum bersedia dan belum layak untuk menjadi tokoh ikutan kaumnya.

Inilah barangkali hikmahnya mengapa Allah para nabi kecuali nabi Isa a.s. di utus selepas mereka berusia 40 tahun.

Begitulah kriteria ulamak pewaris nabi paling minima yang disenaraikan oleh Prof KH Ali Mustafa Yaqub.

Rujukan:
Prof KH Ali Mustafa Yaqub, Islam masa kini

zain y.s™

Memahami pemikiran Imam Syafie

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

RAMAI mengenali Imam Syafie sebagai seorang guru besar dalam fekah dan usul fekah, malah dengan kehadiran kitabnya ar-Risalah (usul fekah) dan al-Um (fekah), ada pula pihak yang menidakkan kepakaran beliau dalam aspek lain, sedangkan ia tidak sedemikian.

Dekan Fakulti Agama Islam Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Indonesia, Dr H Yunahar lyas, berkata Imam Syafie juga terkenal sebagai seorang ahli hadis dan sastera Arab.

“Bahkan sejak usia kanak-kanak, beliau sudah menghafal ribuan syair. Satu karya sasteranya yang terkenal ialah kumpulan syair, Diwan as-Syafie.

“Keahlian Imam Syafie dalam bidang akidah juga tidak kurang pentingnya, tetapi tidak ramai yang mengetahuinya,” katanya di Seminar Pemikiran Tajdid Imam Syafie di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seminar anjuran Kerajaan Negeri Perlis itu turut dihadiri Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Imam Syafie adalah seorang ulama salaf yang secara murni mengikuti al-Quran dan sunnah tanpa dipengaruhi oleh ahli falsafah (kalam), malah banyak mengkritik ahli kalam yang membahas persoalan akidah dengan pendekatan falsafah.

Yunahar berkata, tajdid pemikiran Islam dilakukan Imam Syafie dalam dua bentuk.

“Pertama, pemurnian tauhid dari segala bentuk kemusyrikan, tahyul dan khurafat, memurnikan ibadat dari segala bentuk bidaah dan akhlak dari nilai bertentangan dalam Islam.

“Kedua, reformasi iaitu menterjemahkan dan mengembangkan ajaran Islam dalam aspek muamalat atau ibadat secara umum sehingga dapat menjawab persoalan dihadapi umat manusia sepanjang zaman,” katanya.

Imam Syafie menjadikan al-Quran dan sunnah sumber kepada ajaran Islam, yang mampu menjawab semua persoalan, sama ada berkaitan fekah atau akidah.

“Dalam menetapkan masalah akidah, Imam Syafie memulainya dengan menyebut nas al-Quran dan sunnah termasuk ketika berhujah menghadapi penentang.

“Kita tidak menemui Imam Syafie melakukan takwil terhadap nas terbabit dan tidak pula menemui beliau merujuk nas itu kepada pendapat ahli ilmu kalam,” katanya.

Dalam kes pelaku dosa besar misalnya, Imam Syafie mempunyai pendapat yang jelas terutama pendekatan bersifat falsafah.

“Imam Syafie berpendapat pelaku dosa besar tetap menjadi seorang Muslim. Jika bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Jika mati dalam berbuat dosa, urusannya diserahkan kepada Allah, sama ada diampuni atau diseksa. Yang jelas tidak kekal di dalam neraka.

“Kelompok Khawarij mengatakan orang Islam yang melakukan dosa besar menjadi kafir, jika tidak bertaubat kekal di dalam neraka.

“Muktazilah mengatakan, si pelaku dosa besar di dunia berada di antara dua posisi, tidak kafir dan tidak mukmin.

“Bagi Murjiah, orang yang mengucapkan La ilaha illallah adalah mukmin yang sempurna imannya dan setiap mukmin pasti masuk syurga. Mereka mengatakan dosa tidak mempengaruhi iman.”

Menurutnya, tajdid yang dilakukan Imam Syafie masih relevan dilakukan dalam zaman sekarang, kerana sampai hari ini akidah umat Islam belum lagi bersih dari unsur kemusyrikan.

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW.

Khutbah ini disampaikan pada 9 Dzulhijjah 10 H di lembah Uranah, Arafah)

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci. Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya.

Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu. Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya.

Allah SWT telah melarangmu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.

Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Shalat lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu.

Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih. Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur’an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan.

Demi Allah aku bersaksi, bahwa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.


Sila sampaikan Mesej ini kepada saudara kita yang lain dan semoga Allah SWT akan memberikan Rahmat-NYA…

Sinopsis bermulanya ERA ISLAM yang disampaikan oleh Rasulullah Muhammad ibn Abdillah s.a.w

Rasulullah s.a.w berkata,"Bermulanya Islam ini gharib (yakni pelik, asing dan sedikit pengikutnya), dan akan kembalinya Islam ini dalam keadaan gharib." Menurut tafsiran ulama', di akhir zaman, akan ada ramai orang Islam tapi tak ramai yang mengamalkan Islam secara sepenuhnya. Yang mengamalkannya sungguh sungguh akan kelihatan pelik dan asing yakni gharib.

Sejarah Islam

Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi. Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Nabi Muhammad s.a.w.

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.

Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.

Perkembangan Islam

Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Khulafa al-Rasyidin

* 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
* 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
* 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
* 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
* 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
* 637M- Mesir ditawan.
* 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
* 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
* 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
* 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
* 646M- Kempen menentang Byzantine.
* 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
* 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
* 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
* 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
* 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
* 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Ummaiyyah

* 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
* 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
* 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
* 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
* 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
* 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
* 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
* 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
* 713M- Penaklukan Multan.
* 716M- Serangan ke atas Constantinople.
* 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
* 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
* 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
* 750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Abbasiyyah

* 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
* 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
* 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani [[Ummaiyyah Sepanyol.
* 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
* 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
* 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
* 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
* 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
* 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
* 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
* 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
* 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
* 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
* 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
* 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
* 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
* 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
* 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
* 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
* 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
* 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
* 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
* 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.


Empayar Turki Uthmaniyyah

* 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
* 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
* 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
* 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
* 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
* 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
* 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
* 1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
* 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
* 1526M- Perang Mohacs
* 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
* 1571M- Perang Lepanto berlaku.
* 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
* 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
* 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
* 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
* 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
* 1792M- Perjanjian Jassy.
* 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
* 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
* 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
* 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
* 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
* 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
* 1829M- Perjanjian Adrianople.
* 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
* 1841M- Konvensyen Selat.
* 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
* 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
* 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
* 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
* 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
* 1912M- Perang Balkan pertama.
* 1913M- Perang Balkan kedua.
* 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
* 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
* 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
* 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.


Sejarah Hidup Nabi Muhammad s.a.w: sila rujuk http://media.isnet.org/islam/Haekal/Muhammad/index.html

Wallahu a'lam
IA
Hit CountersRank Noodle